OCR Menukarkan Imej Kepada Dokumen Yang Boleh Diedit


OCR(optical character recognition) adalah satu teknologi yang membenarkan guru untuk menukarkan fail dokumen yang berlainan bentuk seperti dokumen yang telah di scan, fail PDF ataupun gambar yang telah ditangkap oleh kamera digital kepada sesuatu data yang boleh di edit dan diubah. Atau dengan kata lainnya menukarkan imej ataupun gambar ke dalam format Microsoft Word atau Excel dan membolehkan guru untuk edit kembali file tersebut.

OFFER SOFTWARE OCR DAN PDF PRO TERMURAH IAITU HANYA RM 50.00 SAHAJA (HARGA ASAL RM100) HINGGA 13/11/2017 SAHAJA
(CONTACT : 0177370573)

Bayangkan guru mendapat dokumen dalam bentuk kertas seperti Minit mesyuarat, artikel majalah dan sebagainya Guru perlu menaip kembali dokumen tersebut supaya boleh diedit, tidakkah itu membuangkan begitu banyak masa guru yang sangat berharga. Ditambah pula dengan pelbagai kerja yang melibatkan pengisian data secara online =). Scanner hanya boleh digunakan oleh guru untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk imej dan itu hanyalah satu dokumen yang tidak boleh di edit kembali kerana ia dalam bentuk image. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut guru memerlukan OCR software yang membolehkan guru mengeluarkan setiap perkataan yang terdapat dalam imej tertentu seperti Minit Mesyuarat yang telah di scan kepada suatu dokumen yang boleh diedit dan diletakkan di dalam Microsoft Word ataupun sebagainya.


Terdapat software OCR yang percuma dan juga yang berbayar di atas talian namun begitu guru perlu tahu bahawa software yang berbayar dan juga software yang disediakan secara percuma terdapat perbezaan yang sangat ketara daripada segi kebolehan ataupun ketepatan menukarkan dokumen Imej kepada dokumen yang boleh diedit dan pelbagai lagi kelemahan yang terdapat dalam software yang percuma. Itu terserah kepada guru-guru untuk memilih yang mana yang terbaik yang boleh digunakan oleh guru-guru sekalian. Bagi kami dari pihak DariGuruUntukGuru dalam segmen ReviewSoftwareUntukGuru adalah sangat syorkan guru-guru menggunakan software yang terbaik untuk memudahkan kerja guru-guru. Seharusnya software yang terbaik mestilah yang berbayar. Kami cuma boleh mengesyorkan kepada guru-guru sekalian terpulang kepada guru-guru untuk memilih yang mana yang terbaik untuk digunakan oleh guru-guru bagi memudahkan kerja seharian.

Dibawah ini saya sediakan video menunjukkan dokumen dalam bentuk imej yang telah saya tukarkan kepada dokumen yang boleh diedit. Sangat mudah



Dalam video tersebut saya telah menggunakan satu software OCR yang terbaik iaitu ABBYY Fine Reader. Menukarkan imej menggunakan software tersebut adalah sangat mudah dan sangat cepat. Jadi guru dapat menjimatkan masa dengan sangat banyak jika menggunakan OCR ini.

OCR ONLINE

Selain menukarkan menggunakan software guru-guru juga boleh menggunakan perkhiudmatan yang telah disediakan secara online.

1- ABBY FINE READER ONLINE


Kelemahannya cuma guru boleh menukarkan hanya sepuluh helaian secara percuma, selebihnya sila bayar kepada mereka ya...=)



OCR PERCUMA

OCR juga tersedia secara percuma cuma banyak kekurangannya. Jadi di bawah ini saya sediakan beberapa riview OCR yang percuma dan semoga bermanfaat.

1- BOXOFT FREE OCR


Kelbeihannya adalah ia tersedia secara percuma. Dan terdapat kekurangan kepada software ini iaitu ia tidak support file dalam format PDF dan ketepatan pertukaran adalah sangat lemah. Guru-guru boleh cuba ya.




2- NEUROPH OCR



3- SIMPLE OCR


REVIEW OCR BERBAYAR

Seperti dalam video tadi itu adalah contoh OCR yang berbayar dan ketepatannya adalah sangat mengagumkan. Dibawah adalah antara TOP 10 Ranking OCR yang berbayar yang boleh menjadi perhatian guru-guru sekalian.


Semoga perkongsian DariGuruUntukGuru pada kali ini dalam segmen TeknologiUntukGuru dibawah kendalian ReviewSoftwareUntukGuru dapat membantu guru-guru sekalain dalam menyelesaikan masalah seharian dalam bidang perguruan ini. Sekian Terima Kasih


No comments:

Powered by Blogger.